BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 28, 2009

+ jaM idaMAn


jam ni ala2 retro sbb tali dia cam biasa jer kan. tp ak suka sbb muka jam dia ader bunga sekuntum ngn corak bintang kat tepi bunga tuh. pemulas aturan masa (cam tombol) kat tepi muka jam tuh mempunyai bentuk yg unik.
jam ni ak suka sbb nmpk ala-ala sporty skit n simple, nice looking.

Jam ni nampak elegan ngn muka bentuk love. dtambah ngn tanda love dekat tali dia menambahkan keserian jam nih.

Jam ni terselah ciri2 kewanitaan kalo memakainya.
keliling muka jam bertatahkan permata.

Jam merupakan alat yg penting utk kita sebagai manusia. Manusia mmg sentiasa alpa n lalai lam menjaga waktu. so, kat sini ak sertakan 4 jenis jam yg menjadi idaman aku. Overall, ak suka jam yg kaler putih sbnrnya. xkisah la murah ker mahal janji comel n selesa dipakai.. so, jam idaman korg yg mcm mana plak?

+ Lawak pagi =)

1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik….

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang….cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis ‘TARIK’

8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
Answer: Pembohong…

9) Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?
Answer: Usus

10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan ‘buaya’

13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer:Sekretari baik………………’Selamat pagi Boss’Sekretari kurang baik………..’Dah pagi ni Boss’

14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang…heheheh

15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ bole diangkat…

18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ….gile ape…

19) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah……

give kredit to http://lawakjoke.blogspot.com/

+ kuL 12.04 mlm 29hb.5.2009


tiket bas yg bakal membawa ak ke destinasi.
tiket cam resit supermarket lak. haha




bas yg bakal dinaiki mlm nih, tp kaler lain la.
bas nih x tau la g kat negeri ner, tp ak naiki bus yg bersyarikat sama.
ruangan chatting ku seharian



hari yg dtunggu tiba jua..sekejap lagi lam kul 9 mlm , ak akn melangkah ke bus mutiara utk balik ke kb. sabar2 kelate. wait for me. duk chat ngn beberapa org lam skype bg menghilangkan kepuasan yg melanda sambil mengaktifkan blog aku. dh terbayang bus lam kepala aku nih. hehe. k la, jam 12.19. mata ak kian memberat. ngantuk. ak tgk rumate ak dh lentok dh sambil laptop terbungkam ats katil tanpa dtutup. ak pun rasa nk ikut jejak langkah dia sbntr agih.

+ jamuan kelas


syg nk tinggalkan gua kelam , tp kena balik gk coz after tuh nk g santai lekor lak tgk persembahan band-band mktb n lusa pulang ke rumah.
x sabar nk balik rumah rehatkan minda.

sebahagian dak kelas yg posing, semasa melalui denai terowong gua kelam
gambar kenangan bersama mentor satu kelas


yg pakai tudung hitam cam bdk2 skit tuh akak kpd budak laki yg cuba tepuk tgn.
x sempat nk tepuk gambar ni dh d snap.


saling berposing gaya bebas. kk aku bersahaja jer ngn pkk yg pakai tudung bunga tuh.



comel bdk yg minum air tuh. best ader bdk2. die ank mentor kami



kami yg riang sempena jamuan ni. posing kat gigi air.


laki kat belakang tuh kk kami, n sem dpn kk akn bertukar lagi.

sewaktu bakar ayam beramai-ramai


Kali ni ak nk cerita sal jamuan kelas yg diadakan d gua kelam sempena tamatnya sem 2. kat atas tuh semua gambar-gambar kat sana yg menggambarkan keriangan kami satu kelas. Untuk pengetahuan semua, kelas ak ader 16 org jer iaitu 7 laki n 9 pompuan. so, walaubagaimanapun, kami hepi sbg satu kelas krn msg2 ada kelebihan n kekurangan yg boleh dkongsi bersama2 menyebabkan kelas ak jd harmoni ngn gabungan yg unik. n baju kelas kitorg adalah kaler merah. so, semua pakai baju kelas utk menunjukkan kesepakatan. n mentor kami ader dua iaitu puan hairani n en bustman. sbnrnya en bustaman merupakan mantan mentor kami. hal ini kerana en bustaman memegang jwtn sbg ketua jabatan sns n mat so beliau terpaksa lepaskan jwtn mentor kpd kami. tp kami still anggap beliau n puan sbg mentor kami yg tersayang. we all love u both.

Wednesday, May 27, 2009

+holidaY .

pada 28 mei 2009, tepat jam 10.20 pagi, mengira detik untuk pulang ke rumah. aku menunggu masa yg akan tiba. tiket bus pada pukul 9mlm pada esk hari membuatkan aku kelam kabut mengemas segala keperluan. aku perlu mengosongkan bilik krn bilik ini akn digunakan bg petempatan guru-guru kdc. sebenarnya, ramai yg dh balik awl selepas tamatnya peperiksaan sem 2 pada 26 mei 2009. apakan daya, tiket yg dibeli tidak dapat ditukar ke tarikh yg lebih awal n aku juga mempunyai jamuan yg perlu dihadiri pada 27hb. ku batalkan hasrat pulang awl n tunggu sehingga 29hb. nasib baik masih ada pelajar2 yg tinggal di asrama, so x der la sunyi sangat. jamuan d gua kelas semalam sangat seronok krn ak berpeluang membakar ayam n melihat gelagat2 teman2 bermain air. ak juga sempat bergambar dgn beberapa org teman. nnti, akan aku pos gambar2 tersebut. jamuan yg disertai oleh mentor tersayang menambahkan keseronokan kami. mlm selepas jamuan, ak menghadiri satu aktiviti yg dnamakan santai lekor. seronok gk sbb dpt mkn keropok lekor sambil dgr muzik2 yg dihiburkan oleh band2 ciptaan bdk2 mktb. n lepas abih aktiviti tuh, ak balik bilik n melelapkan mata akibat keletihan seharian dgn aktiviti. esoknya iaitu hari ni, 28 hb, ak menulis blog aku dgn melengkapkan segala perkara yg ingin dceritakan . sbnrnya blog ni aku buat pada pagi sblm ak g jamuan d gua kelam. tetiba teringin nk tulis blog. so, mulakan langkah wat g mail n trus pos draft aku. slps ni nk bersiap2 g umah sedara n bermalam d sana sambil menanti ketibaan nk menaiki bus pulang. ak ingin berkemas, so seharusnya ak stop tulis benda nih. ok. jumpa agi d semester 3.

+pesta convo


banyaknya brgn jualan kelab kembara. gerai kelab kembara terletak
bersebelahan dgn gerai silat.
suasana gerai di kala menjelang senja.


suasana gerai yg sesak dgn pelanggan-pelanggan yg berpusu-pusu membeli brgn jualan.


gambar ini diambil sewaktu aku bertugas menjaga gerai.
gerai ni under persatuan silat cekak hanafi malaysia.

gambar sewaktu larian konvo. aku sebagai salah seorang peserta larian.

pesta ni diadakan sempena konvokesyen pelajar-pelajar drpd kpli. tahniah diucapkan kpd mereka krn berjaya menghabiskan pembelajaran di ipgm ini. Sehubungan dgn itu, pelbagai aktiviti dijalankan bg memeriahkan pesta ini dgn permainan-permaian seperti sepak raga, futsal berpelekat, petanque, permainan sukaneka n permainan rakyat, larian konvo berpasangan, jualan dan sebagainya. byk betul aktiviti yg djalankan bg memeriahkan pesta tersebut.

+ fruit day vs ratu kebaya


dua dari kanan merupakan warden blok aku yg sempat bergambar bersama-sama sebahagian drpd peserta2 blok kami. blok kami mmg vote krn ada peserta2 yg cun.


setiap blok asrama perlu menghantar beberapa org wakil bagi mewakili blok dlm acara ratu kebaya. ratu-ratu kebaya yg dinobatkan sbg pemenang perlu melalui ujian spt kepetahan berkata-kata, lengang lengguk cara berjalan (cat walk), kebijaksanaan dlm menjawab pelbagai soalan yg ditanya oleh pengadil dan persembahan make up serta pakaian yg menarik. tahniah kpd pemenang-pemenang.


bakul buah tembikai. untung dpt bakul nih sbb dlmnya ada bemacam2 jenis buah



gubahan buah ni buat aku kecur air liur dgn cucukan lidi buahannya.

u
gambar ini diambil kerana aku tertarik dgn ukiran buah tembikai yg menyerupai 'love'


hasil kreativiti pelajar-pelajar yg bergelar guru suatu hari nanti.

sempena sambutan minggu keceriaan asrama, ipgm telah menjalankan pelbagai aktiviti. gambar yg sempat dirakamkan adalah fruit day n ratu kebaya. gambar-gambar tersebut dirakamkan oleh sahabat aku yg juga bkl guru sains. terima kasih krn sudi berkongsi gambar-gambar ini dgn aku.

+ Kejohanan olahraga



acara kemuncak, persembahan akrobatik drpd bkl2 cg. pj



perarakan keluar rumah hijau n rumah merah


rumah kuning bwk bunga.


rumah oren siap ngn belon lagi..


rumah sukan biru. diorg tgh tabik hormat.

rumah sukan aku, penuh semangat menyampaikan cheer n lagu rumah sukan.
aku dibarisan depan.


perbarisan.



perasmian kejohanan olahraga

Itulah serba sedikit cerita mengenai kejohanan olahraga di ipgm perlis. untuk pengetahuan semua, kejohanan ini diadakan pada setiap tahun. tahn agk meriah kerana ada maskot2 yang comel daripada setiap rumah pasukan. gambar maskot x sempat dirakamkan. yg aku ingat maskot rumah kelabu merangkap rumah pasukan aku, bug bunny. rumah oren ahli sihir, rumah kuning sponge bob, rumah hijau mask rider n rumah merah n biru ak x ingat.

+ kem asas rekreaksi, ulu yam


gambar aku d ulu yam


gambar di ulu yam semasa bersiap2 untuk pulang.
peserta lelaki ngn gaya tersendiri.

rendaman air terjun secara beramai-ramai. waktu pagi, air sejuk
mlm persembahan. persembahan special drpd fasilitator kami.
yg ni aktiviti flying fox. seronok!.
Repelling. Semasa menjalankan aktiviti nih, ak sgt takut sbb x biasa buat. n for the first time trial, ak berjaya tetapi ak cam nk nangis apabila turun bwh. rasa cam x caya dh sampai bwh dr atas dgn guna tali jer. mula2 nk turun dr atas, rasa cam terjun bangunan.

setelah penat menjalankan aktiviti. ambik nafas jap.


antara salah satu permainan yg dijalankan disini.


kwsn perkhemahan kami.


cerite seterusnya, kem asas rekreasi. ni bukan kem asas lagi, tp br persediaan rekreasi. tempat kem ni kat ulu yam, selangor. kwsn kem ni byk air terjun. mula2 sampai seronok sgt sbb nmpk byk air yg mengalir. hehe. ader can boleh mandi lam air terjun.

+Bujang Melaka

gambar kocokan air nih buat ak rasa relax
ni la ayahanda. beliau merupakan org kuat lam autotrail company. company nih la yg uruskan kitaorg untuk program2 pendakian gunung n rekreasi. kami mmg beruntung sbb pendakian kami pada kali ini dsertai oleh beliau sekali. byk pengalaman yg boleh dikutip drpd beliau. maklumlah org lama katakan.
semua senyum skit..jgn la masam walaupun penat!

di beirut bujang melaka. masing2 nmpk penat .


menyiapkan makanan dgn masak atas batu sambil potong memotong sayuran
senang skit sebelah ader water source.


semua peserta yg menaiki bujang melaka. gambar ini diambil waktu pagi.
boleh nmpk kabus lg. sejuk!

tempat tidur kitorg di atas gunung
semasa sibuk memasak utk mknn tgh hari, sementara melepaskan lelah,
gambar ini diambil. ak yg memakai wisel kuning.
antara denai laluan yg terpaksa ditempuh bagi sampai ke puncak gunung
dalam train, kami kebosanan krn masa perjalanan agk lama. kami pun menggunakan kesempatan yg ada utk bergambar. Aku yg memakai tudung hitam.


Sebelum sampai d perak, kami menaiki train drpd perlis ke perak dsebabkan
tiada kekososngan utk menaiki bus mktb. bus mktb ader program lain.

Gunung bujang melaka merupakan gunung kedua yg ak panjat selepas bunga buah. gunung ni terletak d perak walaupun namanya bujang melaka. aktiviti ini dijalankan pada 27-29 mac 2009. plan awl pada mulanya adalah kem asas rekreasi ulu yam, tetapi disebabkan masalah n kesulitan yg x dpt dielakkan, aktiviti itu dtangguhkan n dganti ngn bujang melaka. bagi yg first time naik gunung, gunung ini merupakan gunung yg plg sesuai krn byk water source. k, enjoy da picture.