BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 8, 2009

+ Dewan Kosmik




Dewan Kosmik merupakan majalah sains dan teknologi. majalah ini dikeluarkan oleh DBP.Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara bulanan sejak 1993. Majalah ini sesuai dibaca untuk semua golongan bermula pelajar sekolah menengah sehingga dewasa. Harga bagi semenanjung Malaysia ialah RM 6.00 manakala bagi Sabah Dan Sarawak ialah RM 6.50.Majalah Dewan Kosmik merupakan sebuah majalah padat berjilid dengan saiz 25.5 sentimeter X 20 sentimeter. Majalah Dewan Kosmik mempunyai jumlah halaman setebal 68 muka surat.

Majalah ini telah menarik minat aku kerana majalah ini sangat seronok dibaca bagi penggemar gadjet-gadjet teknologi dan info sains. Aku mula menggilai majahlah ini sewaktu di bangku sekolah menengah. Baru-baru ini, aku telah membeli senaskah majalah ini keluara bulan Ogos. Berikut merupakan kandungan-kandungan yang menarik yang aku rasakan terdapat dalam majalah ini.

a) Meditasi Mengawal Stres
b) Artikel bukan sekadar bulan
c) Risiko keracunan KAmfor
d) Ujian TIdur
e) Benarkah alam semesta sedang berkembang
f) Gunung-ganang: Di sebalik Menongkat Langit
g) Biodiesel Mengantikan Diesel Petrol

Tajuk-tajuk di atas merupakan topik yang menarik dan memberi manfaat kepada aku. sesiapa yg berminat info sains dan teknologi, aku cadangkan supaya membaca majalah ini bagi meningkatkan pegetahuan korang dlm bidang tersebut.

0 comments: