BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, October 29, 2009

+ gUnUnG HiJaU

Salam kpd pembaca sekalian.

ari ni, ak nk cter sal gunung hijau.. cter skit2 jer..saje nk kongsi pengalaman ngn korg semua. Gunung Hijau ni terletak di Taiping, Perak. ia mempunyai ketinggian sebanyak 1,449 meter dalam lingkungan 4,751 kaki.

so pada 9-11 Oktober 2009 , ak bersama rakan2 kelab telah menyertai ekspedisi mendaki gunung hijau. kami bertolak ke sana dari mktb pada pukul 6.30 ptg. sebanyak 3 biji kereta digunakan utk mengangkut kami. n sblm tiba ke destinasi, pelbagai tempat yg menarik telah disinggahi.

gambor2 aktiviti di sana telah di upload di bwh. sila tgk n tinggalkan komen..













Friday, October 23, 2009

+ mUtiArA KaTa

Dunia ini ibarat pentas lakonan.. manusia sebagai pelakon dan pengarah utamanya..Al Quran dan AsSunnah itulah skripnya..
malaikat itulah jurugambarnya.. Islam itu sebagai jalan ceritanya.. kiamat itulah kesudahan pengambarannya..
padang mahsyar tempat penganugerahannya.. Allah SWT sebagai jurinya.. syurga dan nerakalah trofinya..

Thursday, October 22, 2009

+ RaHsiA bEnTuK bibiR



Anda semua tahu x setiap orang di dalam dunia ini mempunyai bentuk bibir yg pelbagai. Ingin tahu rahsia bentuk bibir anda? Sila baca info-info di bawah dengan segera.

1) Bibir kecil dan sempit
Seseorang itu memiliki keperibadian yang selalu merasa bimbang dan tidak boleh membuat keputusan dengan baik.

2) Bibir bewarna kehitaman
Seseorang itu memiliki keperibadian suka berselingkuh (bergaduh) dan berbohong.

3) Bibir bewarna pucat
Seseorang itu memiliki keperibadian sentiasa ingin menang sendiri dan mudah naik darah.

4) Bibir bewarna kemerahan
Seseorang itu memiliki keperibadian cerdas ,mempunyai hati yang tulus, namun agak sombong.

5) Bibir berwarna merah dadu
Seseorang itu memiliki keperibadian cerdas, pandai bicara dan banyak akal.

6) Bibir yang lebar
Seseorang itu memiliki keperibadian pandai mengatur wang, sabar, dan berani.

7) Bibir yang bersaiz kecil
Seseorang itu memiliki keperibadian suka berterus terang, berhati kecil dan sering menganggap dirinya tidak bahagia serta lebih menyukai percakapan yang satu arah

8) Bibir yang bersaiz besar dan kelihatan terbuka
Seseorang itu memiliki keperibadian suka mementingkan diri sendiri namun rela berkorban untuk orang yang disukai.

9) Bibir yang tipis
Seseorang itu memiliki keperibadian cepat terpengaruh, tidak mempunyai prinsip serta seorang yang pandai menyimpan rahsia.

10) Bibir yang dower
Seseorang itu memiliki keperibadian selalu mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengalah.

11) Bibir penuh
Seseorang itu pandai menjadikan percakapan lebih terbuka

12) Bibir bawah penuh
Seseorang itu digambarkan sebagai seseorang yang senang menerima tentangan. Bibir bawah penuh juga sering dikaitkan sebagai seseorang yang sensual dan seduktif (penggoda)

13) Bibir yang seimbang (atas dan bawah bibir)
Seseorang itu dikatakan seorang yang pandai berkomunikasi dan mempunyai instinct (gerak hati) yang kuat.

Seronok membaca tentag bentuk bibir. Sila tinggalkan komen anda tentang info ini.

p/s: Info ini didapati hasil pembacaan saya dalam beberapa laman sesawang dan buku.