BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 28, 2009

+ HiKmaH puasa

disini aku ingin kongsikan sedikit ttg hikmah puasa . sbb skrg nih bulan Rejab, so tentu ramai yg berlumba-lumba utk puasa sunat kan. berikut merupakan beberapa hikmah yg ddaati hasil pembacaan aku di beberapa website..

Hikmat puasa yang paling besar agaknya ialah bagi mendidik jiwa dan nafsu agar dapat mencapai makam takwa. Takwa adalah sifat yang terpuji. Dengan takwa mampu mencegah diri daripada melakukan dosa dan maksiat.

Firman Allah bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Puasa juga menjadi benteng dan perisai bagi seseorang. Perisai kerana puasa dapat melemahkan nafsu. Nafsu sebenarnya banyak merosakkan. Oleh itu, ia perlu dididik agar menjadi nafsu yang baik. Juga perisai daripada api neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Puasa itu adalah perisai. (riwayat Bukhari)

Puasa juga akan melembutkan hati seseorang ketika melihat penderitaan orang lain. Ramai lagi orang yang kelaparan di atas muka dunia ini. Dengan berpuasa, kita dapat merasai derita lapar dan dahaga.

Puasa juga akan mendidik untuk bersikap amanah. Amanah kepada Allah dan diri sendiri. Mana ada orang yang tahu bahawa kita puasa sepenuhnya atau tidak. Kalau tidak amanah, sambil menyelam boleh minum air.

Puasa juga akan menajamkan akal. Cuba ambil buku teks dan baca selepas makan tengah hari atau makan malam, biasanya otak tidak boleh menerima apa yang yang dibaca. Sebab itu, dikatakan bahawa masa yang baik untuk membaca ialah dua jam selepas makan. Badan juga menjadi lemah khususnya untuk melakukan ibadat.

Disebut antara kata-kata hikmah Luqman al-Hakim ialah: “Apabila perut penuh dengan makanan, maka fikiran akan tidur, kebijaksanaan akan diam dan anggota badan menjadi malas.”

Puasa juga boleh mengurangkan keagresifan dan keaktifan nafsu syahwat. Mungkin kerana inilah ada anjuran daripada Baginda s.a.w. agar orang yang tidak mampu berkahwin untuk berpuasa dengan sabda Baginda: Dan sesiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin) maka atasnya puasa kerana sesungguhnya puasa baginya sebagai perisai nafsu. (riwayat Bukhari)

0 comments: